Wednesday, August 12, 2009

dulu Hospital Likas, kini Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah


Photo caption: Liow menurunkan tandatangannya di atas sebuah plak (plaque) sebagai tanda rasminya penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Pada 9 Ogos yang lalu, secara rasminya nama Hospital Likas telah diubah kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Mungkin masih ramai penduduk Sabah yang masih belum menyedari akan pertukaran nama hospital ini.

Tambahan pula, papan tanda Hospital Likas masih lagi terpampang di atas bangunan hospital tersebut. Saya tidak pasti bila agaknya papan tanda itu akan ditukar.

Majlis penamaan semula hospital ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dengan adanya pengkhususan hospital dalam bidang wanita dan kanak-kanak, kita berharap tahap kesihatan wanita dan kanak-kanak semakin baik dan seterusnya dapat menurunkan kadar mortaliti ibu dan kanak-kanak di Sabah.
Nota1: Walaupun nama hospital ini Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, hospital ini turut menyediakan rawatan kepada pesakit lelaki.

Nota2: Harap papan tanda tersebut ditukar secepat mungkin untuk mengelak kekeliruan.

3 comments:

  1. Bagi sayalah kan. Tidak banyak memberi kesan positif juga penamaan semula Hospital Likas ni kepada Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah.

    Kenapa? Sebab;

    1. Dari sejak hospital ini mula diambil alih oleh kerajaan daripada SMC, memangpun pengkhususan perkhidmatannya untuk kes2 sakit puan, ibu mengandung/bersalin, dan kanak2. So sebut Hospital Likas saja pun orang tau juga itu itulah pengkhususannya.

    2. Lepas ni saya percaya orang akan sebut juga hospital tu dengan nama Hospital Likas sebab nama itu lebih mudah dan cepat disebut daripada berbelit lidah menyebut Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah.

    3. Lagi pula bila disebut hospital tu dengan nama Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah, macam tidak ngam sudah sebab hospital itu juga menyediakan rawatan onkologi (rawatan kanser) yang melibatkan pesakit wanita dan lelaki.

    So, saya pun heran dan tidak faham kenapa kerajaan beria2 benar untuk menukarkan nama Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah. Adakah hanya untuk seal nama menteri di hospital berkenaan?

    Nota: Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah daripada menukar nama hospital. Itu pun belum tukar papan tanda. :P

    ReplyDelete
  2. hi kawang.... hospital likas hanya org sabah ja yg tahu. klo letak Sabah Women & children hospital kan seluruh dunia akan tahu isi hospital tu..... jadi fikirlah yang terbesai...

    ReplyDelete
  3. cari2 terjumpa muka mcm kenal ne

    ReplyDelete